Penyanyi Dinie Rashid mengakui dirinya berdepan cabaran besar berikutan masalah penglihatan yang dialaminya demi mencapai cita-cita sebagai seorang anak seni yang berjaya.
Jelas Dinie atau nama sebenarnya Muhammad Dinie Abdul Rashid,29, dia mengalami masalah ‘Molecular Dystrophy’ sejak berusia sembilan tahun dan kini bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU).
Berikutan itu, Dinie berasa terpanggil untuk mendidik netizen mengenai masalah penglihatan yang dialaminya kerana ia tidak hanya merangkumi masalah ‘buta’ semata-mata namun mempunyai makna yang lebih besar.
Sungguhpun tidak dapat melihat dengan jelas, saya tidak pernah anggap hal ini sebagai satu kekurangan. Sebaliknya, saya sama-sama berkongsi dengan masyarakat di luar sana mengenai penyakit yang saya alami ini. Pada awalnya saya pun segan dengan situasi saya ni. Dan saya yakin, ramai yang senasib turut berkongsi rasa yang sama.
Ujar Dinie, ‘Molecular Dystrophy’ adalah penyakit yang menyerang pada saraf mata sehingga menganggu penglihatan. Di kala umurnya mencecah 20 tahun, nikmat untuk melihat telah berkurangan sehingga 20 peratus.
Kata penyanyi Bukan Cinta Aku ini lagi, dia juga pernah dituduh berpura-pura sakit dan tidak mampu melihat berikutan keadaannya yang masih lagi melakukan aktiviti harian seperti menggunakan telefon bimbit dan beriadah.
Saya pernah dicop sebagai penipu. Banyak rungutan yang dilemparkan kepada saya seperti kenapa mamat ni boleh berjalan tapi kadang-kadang tersepak sana-sini. Malah, sebelum ini saya pernah dikritik kerana join futsal dan memegang telefon bimbit.
Akhirinya, dia tidak mahu peminat rasa tertipu dan akan sentiasa berkongsi mengenai penyakit yang dihidapinya itu kerana ingin mendidik mereka di luar sana tentang apakah sebenarnya ‘Molecular Dystrophy’.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Dituduh Berpura-Pura Buta, Dinie Rashid Ingin Didik Netizen Mengenai Masalah Molecular Dystrophy first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments