#Hiburan: Hadiah Buat Isteri Hamil Anak Ketiga, Jamal Abdillah Ceburi Bidang Kosmetik

Penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah kini melebarkan cabang ke perniagaan kosmetik selepas memiliki perniagaan ikan arowana.

Advertisement

Jamal atau nama sebenar Dato’ Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali berkata bukan mudah untuk menceburi perniagaan pada usia yang lewat tanpa berbekalkan pengalaman kerana pasti mengundang risiko yang besar.

Namun, Raja Pop itu menganggap ia bukan satu masalah buat dirinya dan memilih untuk menjadi rakan bisnes kepada Zarania memandangkan syarikat terbabit memiliki reputasi tinggi apabila pernah mengeluarkan produk jenama Natasya yang mampu bertahan di pasaran lebih 10 tahun.

Advertisement

Idea untuk kerjasama ini tercetus apabila saya melihat hobi isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin yang gemar berhias cantik dan bersolek setiap masa.

Jamal, 62, berkata dia berminat jalin kerjasama dengan syarikat kosmetik itu sebagai hadiah buat isteri, sempena isterinya hamil anak ketiga mereka.

Jamal Abdillah

Penyanyi Penghujung Rindu itu memaklumkan walaupun dia teruja dengan perniagaan baharu ini, namun perasaan bimbang itu tetap ada kerana ini pertama kali dia menceburi bidang kosmetik.

Tapi, saya percaya produk ini boleh pergi jauh dan mungkin ia permulaan untuk saya aktif dalam bidang ini dan kalau ada rezeki, kami bakal keluarkan pelbagai produk kosmetik lain pula.

Menurut Jamal, Keistimewaan produk Zarania ialah semua rangkai produknya dihasilkan oleh kilang tempatan yang memiliki sijil bertauliah oleh Amalan Pengilangan Baik (GMP). Malah, bahan kandungan dalam produk juga selamat digunakan dan sesuai untuk segala peringkat umur.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Hadiah Buat Isteri Hamil Anak Ketiga, Jamal Abdillah Ceburi Bidang Kosmetik first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments