Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin tidak bersetuju dengan rancangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menjalankan ujian klinikal vaksin COVID-19 Sinovac terhadap kanak-kanak berusia tiga tahun hingga sebelas tahun.
Oleh kerana itu, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin tidak akan sesekali membenarkan satu-satu anak lelakinya, Mohd Ariff Zikri, 4, menyertai ujian tersebut.
Maaf KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), kami ibu bapa tak akan biarkan anak-anak kami sertai ujian ini.
View this post on Instagram
Walaupun menghalang anaknya dari menyertai ujian tersebut, Mila menegaskan bahawa dirinya bukan seorang anti-vaksin, namun kali ini dia tetap dengan pendiriannya.
I am not anti-vaccine or pro-vaccine. I am vaccinated. But for a child.. I SAID NO!
Semalam, Khairy berkata mengenai rancangan itu dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh-Timur) sama ada KKM sudah meneliti kesesuaian serta keberkesanan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Saya Bukan Anti-Vaksin, Tapi Untuk Anak, Saya Tak Setuju!” – Mila Jirin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments