#Hiburan: “Bukan Kayu..Cuma..” Didakwa Kekok Berlakon, MK K-Clique Jawab Kritikan Netizen

Salah seorang ahli kumpulan rap K-Clique, MK tampil membidas kenyataan sesetengah netizen yang mengatakan dia kelihatan kekok ketika di layar TV.

Advertisement

Ujar MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan,25, dia bukanlah ‘kayu’ tapi kurang berpengalaman memandangkan drama bersiri The Hotel adalah merupakan drama lakonannya yang pertama.

Advertisement

Ia bukannya kayu, cuma sedikit kurang berpengalaman. Dan saya nak belajar berlakon jadi Alhamdulillah pengalaman tu dah ada. Insya-Allah lakonan seterusnya mana tahu kayu itu dah naik daun-daun, jadi bunga.

Dia yang ditemui ketika majlis kempen PTTI 2 Juta Bangkit Belajar di Hotel Pullman, Kuala Lumpur bersama penyanyi Iman Troye pada hari Rabu yang lalu.

Jelas MK lagi, penampilan sulungnya dalam The Hotel diakui masih kedengaran dialog dalam dialek Sabah dan sejujurnya tidak mahu menukar gaya percakapannya dengan terlalu drastik.

Saya masih baru dan Alhamdulillah orang-orang di sekeliling beri peluang ini untuk saya bercakap tanpa perlu menukar bahasa secara drastik, belajar teknik lakonan dan dari segi menjiwai karakter, Alhamdulillah.

Sekadar info, drama bersiri The Hotel turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Mira Filzah, Uqasha Senrose, Sean Lee, Daler Yusof dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Bukan Kayu..Cuma..” Didakwa Kekok Berlakon, MK K-Clique Jawab Kritikan Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments