#Hiburan: [VIDEO] Dari KL ke Taiping, Bapa Sanggup Bawa Anak Untuk “First Date”. Sempoi!

Sudah semestinya kita semua pernah melalui zaman ber-dating. Tetapi, penulis yakin bahawa ramai diantara kita yang perlu keluar berjumpa dengan makwe atau pakwe secara senyap.

Tetapi, zaman sudah berubah, dan terbukti melalui sebuah video TikTok yang dimuatnaik oleh @RemyDamak, atau lebih dikenali sebagai Mohd Jasni Mohd Noh yang bertajuk “Cinta antara benua”. Fuh dia punya tajuk memang tak nak kalah.

Advertisement

Bapa kepada seorang anak lelaki yang berumur 18-tahun ini memang cukup sporting apabila beliau sanggup memandu dari Kuala Lumpur ke Taiping semata-mata untuk memberi sokongan kepada anaknya yang kini dalam fasa bercinta. Maklumlah, first date kan?

Video yang berdurasi 50 saat itu menggambarkan perjalanan mereka sekluarga termasuk adik-beradik yang terlena sewaktu perjalanan ke Taiping.

Siap buat lawak…”Apasal la dekat sangat ko cari kawan”. Demi cinta, takdahal!

Gelagat anaknya yang berumur 18-tahun siap membetulkan rambut akibat terlena cukup mencuit hati. Ejas dik, jangan tak ejas, kasi tip-top!

Menurut video yang dimuatnaik, mereka sekeluarga menunggu ketibaan “kekasih” anak sulungya. Ternyata..”Penantian itu satu penyiksaan”. Pandai bapak dia tu buat lawak. Member tengah stress tu…

Bapa yang cukup sempoi ini bersama anak-anaknya yang lain akhirnya memberi ruang untuk sedikit privasi setelah kekasih pujaan hati tiba dia AEON Mall Taiping . Siap ke Starbucks lagi, memang level lain ni.

Menurut perbualan bersama SAYS, bapa Mohd Jasni memberitahu bahawa pada awalnya, anak lelakinya berjumpa kekasihnya di media sosial dan telah meminta izin untk ke Taiping, demi berjumpa depan-depan.

Namun, demi keselamatan anak lelakinya, bapanya membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke Taiping. Tambahan pula, bapanya diberitahu bahawa keluarga perempuan tersebut juga memberi kebenaran untuk berjumpa di Taiping. Kira dah lebih kurang restu la tu…

Advertisement

Setelah selesai ber-dating, mereka sekeluarga sempat singgah sebentar di Cameron Highland sebelum menuju pulang ke KL. Tapi apapun cayalah! Semoga hubungan ini kekal ke jinjang pelamin. Cewahhh!

Anda boleh tonton video penuh yang telah dimuatnaik di bawah.

@remydamakCinta Antara Benua##tiktokmalaysia ##viral ##fyp? ##lovestory

? Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip

The post [VIDEO] Dari KL ke Taiping, Bapa Sanggup Bawa Anak Untuk “First Date”. Sempoi! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments