#Hiburan: Sambut Hari Lahir Berdua Di Rumah Orang Tua, Zara Zya Jalin Hubungan Istimewa Dengan Alha Alfa?

Pelakon Zara Zya yang meraikan hari lahirnya pada 22 Oktober lalu bersama usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa nampaknya ada menuai sedikit spekulasi daripada peminat yang mendakwa mereka berdua kini sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Advertisement

Tampil menafikan pernyataan tersebut, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menegaskan bahawa hubungan mereka hanyalah kawan biasa.

Ujarnya lagi, dia sudah lama mengenali Alha sejak lapan tahun yang lalu dan usahawan itu tidak pernah terlepas meraikan hari ulang tahun kelahirannya.

Ramai orang ingat saya ada hubungan dengan Alha, sejujurnya kami tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa pun. Sudah lama kami menjadi kawan baik, sejak tujuh atau lapan tahun lalu kami kenal.

Sampailah sekarang hubungan persahabatan kami masih baik. Memang setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran saya, dia mesti akan ada sekali. Dia tak pernah terlepas sambut hari jadi saya.

Advertisement

Terdahulu, pelakon drama Seadanya Aku ini ada memuat naik video di Instagram di mana dia mengunjungi Pusat Jagaan Sri Mesra, Ampang yang menempatkan warga tua muslimah bersama-sama Alha.

Dalam perkongsian itu, Zara mengucapkan rasa syukur kerana berpeluang menyambut hari lahirnya di pusat jagaan tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sambut Hari Lahir Berdua Di Rumah Orang Tua, Zara Zya Jalin Hubungan Istimewa Dengan Alha Alfa? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments