#Hiburan: Mampu Tidur Sambil Berjalan Dan Lumpuh Seketika, Dadah Jenis Bombe Boleh Buat Manusia Jadi ‘Zombie’

Menerusi sebuah laporan media Daily Star, telah wujud dadah jenis baharu yang dikenali sebagai Bombe dan ia boleh membuatkan seseorang itu bertukar menjadi ‘zombie’.

Advertisement

Dadah tersebut dilaporkan sedang popular dan laris penjualannya di ibu negara republik Congo.

Dadah BombeSumber : Google  

Bombe yang dihasilkan melalui penapis ekzos yang dihancurkan itu mempunyai kandungan inti pati yang luar biasa apabila ianya turut dicampur bersama ubat tidur dan rokok tembakau.

Manakala kesan sampingan dadah tersebut juga agak kritikal apabila ia mampu membuatkan seseorang itu lumpuh selama beberapa jam.

Malah, ada juga yang mendakwa dadah tersebut itu membuatkan mereka yang ketagih untuk mengantuk dan mampu tidur selama beberapa hari.

Advertisement
BombeSumber : Google  

Pakar toksilogi, Prof Ndelo Di Panzu memaklumkan bahawa kesan pengambilan dadah itu cukup merbahaya di mana ia boleh mengubah cara hidup seseorang menjadi zombie.

“Mereka tidak sedarkan diri tapi mula berjalan. Mereka akan tidur berdiri dan mula menggaru lengan serta ekpresi muka juga berubah-ubah.” katanya lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Mampu Tidur Sambil Berjalan Dan Lumpuh Seketika, Dadah Jenis Bombe Boleh Buat Manusia Jadi ‘Zombie’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments