Jurulatih kecergasan, Tareq Fit, tampil memberi respon terhadap kenyataan usahawan, Ojen Aiwah, yang memaklumkan sudah mengambil tindakan undang-undang terhadapnya atas dakwaan fitnah.
Menerusi satu hantaran di Threads, Tareq menyatakan pendiriannya dengan tegas dan menegaskan bahawa beliau tidak gentar dengan sebarang tindakan yang bakal diambil oleh Ojen.

“Nak saman silakan, hakikat kena sebarkan. SubhanAllah, kau terasa hati kerana hakikat, duit kau ada, aku ada Allah, cukup sangat Alhamdulillah.”
Menurut Tareq, tujuan beliau memuat naik video sebelum ini adalah semata-mata untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai aspek pemakanan yang didakwa kurang baik untuk kesihatan.
Tambahnya lagi, beliau tidak pernah menjadikan Ojen atau mana-mana jenama sebagai musuh, sebaliknya hanya mahu meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih cakna terhadap apa yang mereka makan.
“Didik masyarakat untuk kurangkan makanan yang banyak topping tidak sihat, jadi salah. Perkara benar memang pahit. Aku tidak bermusuh kau atau jenama kau, aku didik masyarakat menjadi sihat.”
Terdahulu, Ojen memaklumkan bahawa beliau telah mengambil tindakan saman terhadap Tareq susulan dakwaan bahawa kenyataan dan kandungan yang dimuat naik oleh jurulatih kecergasan itu menfitnah produk makanan miliknya sehingga boleh menjejaskan reputasi perniagaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Nak Saman Silakan, Aku Ada Allah” – Tareq Fit Tak Gentar Berdepan Saman Ojen Aiwah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments