#Hiburan: “Saya Peluk Anak-Anak Sebelum Melarikan Diri..” Sajat Kongsi Detik Pilu Berpisah Dengan Anak, Beritahu Terpaksa Pergi

Usahawan kosmetik transgender, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat berkata keputusannya untuk berhijrah ke Australia adalah sebuah tindakan yang sangat sukar untuk dilakukan kerana terpaksa meninggalkan dua orang anak angkat serta keluarga tersayang.

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan Sajat menerusi sebuah temu ramah bersama Harith Iskander pada malam Ahad yang lalu di aplikasi media sosial Facebook.

Mendakwa dirinya tidak selamat ketika berada di Malaysia, Sajat turut menceritakan detik pilu ketika terpaksa berpisah dengan anak-anaknya itu serta keluarga.

Advertisement

Saya terpaksa meninggalkan anak saya, perniagaan saya, perniagaan yang saya usahakan, saya tak boleh berfikir. Saya hanya fikir sekarang saya perlu selamatkan diri saya, sebab itulah saya melarikan diri, itulah keputusan diri saya. Memang perit untuk saya, sebelum lari saya peluk anak-anak saya dan beritahu saya terpaksa pergi sebab bukan dalam keadaan selamat di sini.

Bercerita mengenai perkara itu dalam keadaan sebak dan pilu, Sajat dilaporkan mempunyai sepasang anak angkat bernama Syahmi dan Syaza yang berusia dua tahun. Kedua-duanya kini difahamkan sedang berada dalam jagaan ibu bapa Sajat di Malaysia.

Dedahnya lagi, dia juga terpaksa mendapatkan rawatan mental berikutan tertekan kerana menerima tekanan daripada pihak-pihak tertentu sehingga mengalami kemurungan.

Orang tak faham apa saya lalui, kalau betul saya dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun mereka akan letakkan saya dalam penjara lelaki. Saya yang dah transwomen semuanya dah berubah mesti la saya rasa tak selamat berada dalam penjara.

Dalam pada itu, dia yang kini berada di Canterbury, Australia juga menyatakan pendirian untuk tidak mahu lagi pulang ke Malaysia dan ingin membina hidup baru di sana.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Peluk Anak-Anak Sebelum Melarikan Diri..” Sajat Kongsi Detik Pilu Berpisah Dengan Anak, Beritahu Terpaksa Pergi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments