Pelawak Harith Iskander menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyalahkan seorang wanita berstatus pelancong asing yang didakwa enggan memakai pelitup muka ketika memasuki butik mewah di sebuah pusat beli-belah ibu kota baru-baru ini.
Harith atau nama lengkapnya Harith Iskander Musa berkata wanita itu mungkin tidak sihat dan sedang berperang dengan gelora jiwa sendiri.
Menerusi satu ciapan dalam Twitter, Harith berkata kita patut berhenti demonizing (mengutuk) wanita warga asing yang menyebabkan kekecohan di luar butik Dior itu.
Dia kelihatan ‘tidak sihat’ dan secara terangnya, sedang berdepan dengan demons (suara jahat) dirinya sendiri.
Sekadar berkongsi pendapat peribadi, Harith yang pernah dinobatkan sebagai Funniest Person In The World pada Disember 2016 berharap, wanita tersebut berada dalam keadaan selamat dan dilindungi.
Harith, 55, berkata dia percaya ‘Karen’ ada anak, keluarga dan dengan itu, dia berharap mereka semua selamat dan dilindungi.
Terdahulu, seorang wanita kulit putih yang digelar sebagai ‘Karen’ oleh warganet mengundang rasa marah orang ramai selepas dia dilihat cuba mencabar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Dia Kelihatan ‘Tidak Sihat’..” – Harith Iskander Gesa Netizen Berhenti Cemuh ‘Karen’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments