Pelakon veteran popular, Fauziah Nawi meluahkan rasa kecewanya terhadap situasi pahit yang ditelan sesetengah penggiat seni tanah air berkenaan dengan penerimaan bayaran yang tidak masuk akal.
Menurut Fauziah, dia berasa berang dengan tindakan yang tidak berperikemanusian sebuah rumah produksi drama yang enggan didedahkan olehnya kerana hanya menawarkan bayaran RM250 untuk sebuah episod projek drama dan beliau merasakan ianya sangat tidak logik.
Zaman saya dahulu sekitar, 1980-an, sebuah episod boleh dapat bayaran RM800 kenapa sekarang turun sampai RM250? Jangan ‘perdajal’ rezeki orang seni sampai tahap begini!
View this post on Instagram
Dramatis yang juga aktivitis teater itu turut mempersoalkan tindakan kebanyakan produksi yang memilih kasih, dedahnya, mereka hanya mahu menabur wang kepada pemengaruh media sosial yang tidak sepatutnya berlaku.
“Kalau ‘instafamous’, mereka bersungguh-sungguh bayar sampai RM3000 hingga RM5000 satu episod. Orang yang ada ilmu seni dianiayai sampai bayaran tak masuk akal (RM250 satu episod).
Tambah pelakon yang cukup terkenal dengan lakonannya di drama Pondok Buruk itu berkata dia tidak kisah seandainya kelantangan dia menyuarakan hal ini menyebabkan produksi drama tidak berani mengambilnya lagi.
Janganlah sampai macam tu sekali..
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Dulu RM800 Satu Episod, Kenapa Turun RM250? Jangan ‘Perdajal’ Rezeki Orang!” – Fauziah Nawi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments