Kumpulan penyanyi wanita Dolla berjaya mengumpul RM26,632 sepanjang siaran langsungnya semalam di acara amal, Konsert Stay Strong Malaysia.
Dolla yang dianggotai Wan Sabrina Wan Rusli atau Sabronzo, Tabitha Ariel Lam (Tabby), Angelina Chai Ka Ying (Angel), dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) menzahirkan rasa terharu dengan sokongan hebat itu.
Dolla akui sangat merindukan untuk bertemu peminat dan berharap mereka dapat bertemu peminat secara fizikal sebaik keadaan semasa Covid-19 kembali pulih nanti.
Terima kasih kepada semua yang menyokong kami pada konsert ini. Segala bentuk sokongan anda memang sangat kami hargai.
Konsert maya terbabit dipancarkan secara langsung dari sebuah lokasi tertutup oleh produksi Hitman Group. Dolla tampil bertenaga menerusi persembahan beberapa lagu hit mereka antaranya Berani, Impikan, Know Me Too Well, Dolla Make You Wanna dan Peaches.
Konsert terbabit bukan saja dianjurkan untuk menghibur tetapi juga bagi mengumpul dana bagi petugas barisan hadapan pada masa penuh mencabar ini. Penonton dapat menderma secara pindahan tunai atau cek sepanjang konsert itu.
Kutipan 100 peratus menerusi sumbangan itu disalurkan untuk membeli bekalan perubatan hospital-hospital dan masih diteruskan sehingga 11 November dengan sasaran mencapai RM50,000.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Terima Kasih Kepada Yang Menyokong Kami..” – Konsert Amal Dolla Berjaya Raih RM26,632 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments