#Hiburan: Tak Mahu Terpalit Kontroversi Dan Gosip Liar, Azira Shafinaz Mahu Dikenali Kerana Bakat

Penyanyi ahli kumpulan wanita DeFam, Azira Shafinaz yang juga merupakan pelakon Penunggang Agama 2 masih ingin mencabar diri melakukan sesuatu di luar norma dan keselesaannya.

Advertisement

Kehadiran Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan dalam industri seperti tiada kontroversi panas yang menghurungi dirinya. Sekadar kritikan terhadap pengacaraan dan kisah ‘cinta atau tidak’ dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Azira, 30, berkata dia sebolehnya tidak mahu menjawab soalan tentang cinta. Malah, sudah acap kali dia menegaskan dia dan Sharnaaz sekadar berkawan. Diajukan soalan adakah dia memilih untuk tidak mencipta kontroversi dan selesa dengan keadaan begini?

Advertisement

Ya, sangat selesa. Tak ada kontroversi panas, cerita sensasi. Itu membuatkan saya selesa. Peminat mengenali saya kerana bakat. Itu yang saya mahu. Bukan kerana cerita-cerita panas atau gosip liar.

Penyanyi utama kumpulan DeFam itu menegaskan dia seorang yang sangat mementingkan privasi. Kehidupan tidak kira soal cinta atau keluarga, dia lebih suka diamkan sahaja. Tak perlu mencanag apa-apa. Yang penting, kerjaya seninya berjalan seperti biasa.

Azira Shafinaz

Walaupun perjalanan seninya baru menjengah ke angka enam tahun ini, Azira telah melalui pelbagai fasa turun naik. Malah berdiri sebagai seorang wanita dalam industri juga, bukan sesuatu yang mudah bagi dirinya.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tak Mahu Terpalit Kontroversi Dan Gosip Liar, Azira Shafinaz Mahu Dikenali Kerana Bakat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments