Kisah sedih pasangan pengantin baharu yang sedang tular di platform media sosial apabila seorang suami kehilangan isteri tercinta hanya selepas sehari mendirikan rumah tangga.
Menurut laporan Sinar Harian, Mohammad Amirul Akmal kehilangan isterinya, Siti Saraf Ismail pada Ahad, hanya dalam tempoh 24 jam selepas mereka bergelar suami isteri.
Mohammad Amirul berkata selepas selesainya majlis perkahwinan mereka pada hari Sabtu, isteri ada mengadu mengalami sakit kepala pada jam 3 pagi dan kemudiannya sambung tidur seperti biasa.
Tambahnya lagi, Amirul yang bertugas sebagai pembantu perubatan berkata dia melihat isterinya disisi dalam keadaan baik dan masih lagi tidur pada pagi Ahad, namun dia serta keluarga berasa cemas apabila Siti Sarah mengalami sesak nafas.
Saya segera hubungi ambulans dan ambulans tiba jam 12 tengah hari, bagaimanapun, isteri disahkan meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari oleh doktor.
Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), doktor mengesahkan Siti Saraf yang bekerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak sebelah kanan.
Walapun dugaan yang dialami sekarang ini oleh Amirul amatlah berat, tetapi beliau tenang dan reda dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T buatnya.
Salam takziah buat Amirul sekeluarga..
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post (TAKZIAH) Suami Reda Isteri Meninggal Selepas Hanya Sehari Mendirikan Rumah Tangga first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments