Pelakon Amar Baharin mengakui akan tetap berlakon dalam drama seperti biasa untuk babak-babak yang bakal melibatkan pelakon wanita lain.
Suami kepada pelakon serta pengacara jelita, Amyra Rosli berkata beliau perlu memperlihatkan dari sudut logik apabila berlakon dalam setiap babak dalam drama agar tidak terlihat kekok ketika pengarah tengok di dalam monitor.
Saya tak nak nampak terlalu kekok kerana fikirkan benda-benda lain. Maksud saya, benda itu bukanlah tak boleh fikir langsung kerana kita perlu juga fikirkan pergaulan dan semuanya.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu memberitahu jika dia tidak mahu digandingkan bersama pelakon wanita lain, maka tiadalah dia dalam industri seni ini.
Macam jururawat yang nak tolong orang sakitlah. Kalau tak boleh nak pegang pesakit, jangan jadi jururawat dan buat kerja lainlah.
Sekadar info, Amar kini kembali menjalani penggambaran drama bersiri 65 episod berjudul Hati Yang Dikhianati yang bergandingan dengan Isyariana, Mona Allen, Najua Nasir, Zamarul Hisham dan ramai lagi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Amar Baharin Akui Akan Tetap Berlakon Seperti Biasa Bersama Pelakon Wanita Lain first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments