Penyanyi Asfan Shah dikurniakan cahaya mata perempuan pertama selepas isterinya, Ain Sakinah selamat melahirkan bayi keempat daripada tiga beradik itu, kelmarin.
Asfan atau nama sebenar Norasfan Shah Shah Rudin memaklumkan bayi perempuan itu dilahirkan pada 23 Oktober lalu secara normal, jam 11.30 malam dengan berat 2.9 kilogram di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Penyanyi lagu Sumpah Cintaku itu berkata doa dia dan isteri akhirnya dimakbulkan Allah kerana mereka memang menginginkan anak perempuan, selepas memiliki tiga cahaya mata lelaki.
Jarak anak ketiga dengan keempat ini agak jauh iaitu empat tahun. Saya sentiasa berdoa dan pernah meluahkan keinginan mahu anak perempuan dengan isteri.
Asfan, 36, memaklumkan andai dikurniakan anak perempuan, dia dan isteri tidak terfikir mahu menambah cahaya mata lagi. Jadi, apabila doa mendapat anak perempuan ini termakbul, ini dikira penutup.
Jika tiga hero sebelum ini boleh dikatakan cepat proses kelahiran mereka. Tetapi, heroin ini pula sebaliknya. Kelahiran anak keempat ini membuatkan Asfan lebih lama menunggu dan menemani isteri dalam bilik bersalin.
Cukuplah, empat cahaya mata. Isteri saya pun kini sudah ada teman nak membeli-belah, pasar dan buat aktiviti bersama bersama anak perempuan.
Asfan masih belum memikirkan nama yang sesuai untuk anak keempatnya itu. Asfan dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 23 Ogos 2012 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post (TAHNIAH) Asfan Shah Selamat Timang Anak Perempuan Pertama first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments