#Hiburan: Iqbal Zulkefli Muat Naik Teaser ‘Hujan’, Peminat Kata Boleh Bertanding Di AJL

Hanya memuat naik teaser lagu barunya dengan berlatar belakangkan rintik hujan, usahawan dan juga bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli telah mencuri perhatian netizen di media sosial.

Advertisement

Lagu ciptaan anggota kumpulan Floor88, Oja itu dikhabarkan akan menemui pendengar pada 1 November ini sekaligus membuatkan peminat sudah tidak senang duduk menantikan nyanyian Iqbal ini.

Jelas Iqbal lagi, babak di dalam rintik hujan itu dirakam sekitar jam 1 pagi seperti kejadian sebenar.

“Set jam pukul 5.00 petang, Isnin – 1 November ini.” tulis Iqbal di bahagian kapsyen video teaser tersebut.

Lagu bernilai RM500,000 itu dilaporkan telah menjalani penggambaran tidak henti selama 24 jam arahan Eric Fuzi yang juga anggota kumpulan Floor88.

Sebelum ini, Iqbal ada menawarkan komposer dan penyanyi yang boleh membuat lagu single untuknya malah ia turut menarik perhatian artis Indonesia, Ifan Seventeen.

Menjengah ke ruangan komen, peminat Iqbal nampaknya sudah tidak sabar menantikan karya sulung malah ada yang berharap agar lagu tersebut bertanding di anugerah berprestij Juara Lagu.

Malah, Iqbal menerusi Instagram Story lewat malam tadi turut meminta pendapat peminat tentang nama komersial yang sesuai digunakan olehnya samada Iqbal atau Iqbal Zulkefli.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Iqbal Zulkefli Muat Naik Teaser ‘Hujan’, Peminat Kata Boleh Bertanding Di AJL first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments