#Hiburan: Sambung Kuarantin Di Rumah, Maria Tunku Sabri Puas ‘Merayu’

Pengacara terkenal, Maria Tunku Sabri akhirnya dibenarkan pulang ke rumah setelah 9 hari dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), MAEPS.

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan Maria menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana dia khabarnya puas ‘merayu’ dengan doktor yang bertugas agar dibenarkan pulang ke rumah untuk menyambung baki hari kuarantin.

Advertisement

Alhamdulillah, saya merayu pada doktor di MAEPS kata saya nak balik rehat di rumah dan dapat kebenaran. Sekarang saya sudah berada di rumah syukur Alhamdulillah. Doktor pun pesan supaya saya terus jaga diri di rumah.

Jelasnya lagi dalam hantaran yang sama, Maria berkata dia memilih untuk kuarantin di PKRC MAEPS tanpa ada unsur paksaan oleh mana-mana pihak dan bukanlah kerana tidak mampu untuk duduk di hospital swasta.

Ramai yang minta saya keluar dari MAEPS dan pergi ke hospital swasta, lagipun saya ada niat sendiri untuk ke MAEPS selain dapat muhasabah diri bersama pesakit lain.

Dedah bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan ini lagi, dia telah diserang virus COVID-19 jenis varian Delta sebelum ditempatkan di MAEPS sejak 19 Oktober lalu.

Dia dilaporkan telah dikejarkan ke pusat kuarantin tersebut setelah mengalami bacaan degupan jantung yang  laju dan demam gara-gara wabak tersebut. Keadaan terkini, Maria berkata dia masih lagi mengalami batuk dan terdapat jangkitan kuman pada paru-paru dan darahnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sambung Kuarantin Di Rumah, Maria Tunku Sabri Puas ‘Merayu’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments