#Hiburan: Burger KFC P.Ramlee Dengan Gabungan Kari Kandar, Sekali Makan Terus Rasa Nak Menyanyi!

Nak makan burger yang lain daripada yang lain tapi masih mengekalkan citarasa Malaysia? Tak perlu susah-susah nak cari kat internet. Anda boleh pergi terus ke cawangan KFC berdekatan hari ni! 

Untuk pengetahuan anda, KFC baru saja memperkenalkan hidangan burger terbaru dengan gabungan kuah kari kandar. Macam menarik untuk dicuba!

Advertisement

Burger KFC P Ramlee, sekali cuba mesti nak lagi!

KFC BURGER PRAMLEE

Sentiasa selangkah di hadapan, KFC kali ini hadir dengan Burger KFC P. Ramlee edisi terhad, burger ini diinspirasikan daripada rasa cinta lagenda terkenal tanah air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee terhadap nasi kandar.

KFC BURGER PRAMLEE

Burger KFC P.Ramlee kaya dengan gabungan rasa aromatik kuah kari kandar yang diperap dengan ramuan herba tempatan seperti kunyit, serai, jintan dan daun kari menyaluti filet Zinger Hot & Spicy Zinger.

Advertisement

Ditambah mayonis, sayuran berempah istimewa kemudian diapit roti bijan panggang. Setiap gigitan, pasti akan membuatkan deria rasa anda bergetar dan menyanyi kegirangan.

Kami pula yang lapar bila menulis ni. :P

Nikmati keenakan burger KFC P.Ramlee. Sekali rasa, bergetar jiwa!

KFC BURGER PRAMLEE

Bagi anda yang nak merasai getarannya, dapatkan burger KFC P.Ramlee edisi terhad ini di cawangan KFC berhampiran.  

Dijual pada harga bermula RM12.49*, anda juga boleh mendapatkannya menggunakan KFC Delivery dan Self Collect menerusi aplikasi KFC.

Dengan menempah melalui KFC Delivery anda boleh menikmati 10% diskaun menggunakan kod promosi PRAMLEE.

Bagi yang tiada aplikasi KFC, muat turun sekarang di Google Play dan App Store untuk menikmati lebih banyak promosi dan tidak terlepas tawaran istimewa.

Jadi tunggu apa lagi jom serbu KFC untuk merasai getaran burger KFC P.Ramlee hari ini! Layari www.KFC.com.my untuk maklumat lanjut.

*Produk dan kombo berbeza mengikut lokasi. Tertakluk kepada terma & syarat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Burger KFC P.Ramlee Dengan Gabungan Kari Kandar, Sekali Makan Terus Rasa Nak Menyanyi! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments