#Hiburan: “Mereka Dah Minta Maaf, Tak Wajar Netizen Boikot, Mereka Juga Manusia Biasa..” – Amar Baharin

Boleh dikatakan sudah lama berkecimpung dalam dunia industri seni, pelakon Amar Baharin berkata dia sentiasa berpegang kepada prinsip tidak menghiraukan pendapat netizen dan membuat keputusan dengan hanya mengikut kata hatinya sahaja.

Advertisement

Menurut Amar, sebagai seorang selebriti, memang tidak boleh lari daripada kecaman serta kritikan netizen yang akan sentiasa mencari kesalahan terhadap apa sahaja tindakan yang dibuat oleh mereka.

Kalau kita dengar netizen cakap memang tak akan habis, biasalah separuh sokongan dan begitu juga sebaliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Amar ketika ditemui oleh pihak mStar semasa sidang media drama Hati Yang Dikhianati secara atas maya turut mengulas tentang isu hangat membabitkan video lawak lucah yang dibuat oleh pelakon Fauzi Nawawi dalam sebuah program televisyen, baru-baru ini.

Dari pandangan Amar, tidak wajar netizen mengambil tindakan untuk memboikot artis tersebut kerana mereka juga merupakan manusia biasa dan perlu diberi peluang untuk memperbetulkan kesalahannya.

Tapi dia pun dah minta maaf.. tak wajar lah nak boikot.

Amar Baharin sekeluarga

Terdahulu, kecoh di media sosial tentang ketelanjuran kata Fauzi Nawawi yang menyebabkan ada segelintir netizen yang mengambil keputusan untuk memboikot selebriti itu serta program terbabit.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Mereka Dah Minta Maaf, Tak Wajar Netizen Boikot, Mereka Juga Manusia Biasa..” – Amar Baharin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments