#Hiburan: “Kalau Nak Tegur, Tarik Tepi..” – Joe Flizzow Nasihat Tak Perlu Malukan Orang Kalau Salah ‘Grammar’

Penyanyi rap tersohor, Joe Flizzow menasihati individu yang sering mengkritik tatabahasa orang lain terutamanya dalam bahasa Inggeris, tidak perlu sampai tahap memalukan mereka.

Advertisement

Pesanan yang dibuat oleh Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak itu mengenai perangai jelek segelintir mereka yang mahir berbahasa Inggeris apabila berdepan orang lain yang tidak fasih bahasa tersebut.

Menurut penyanyi lagu Havoc itu, walaupun dirinya selesa berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris dalam kehidupan seharian, namun masih juga melakukan kesilapan tatabahasa terutama dalam soal penulisan lirik lagu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow)

Advertisement

Katanya kepada pihak Kosmo, dia mempunyai pendekatan tersendiri untuk menegur sesiapa sahaja kenalannya yang melakukan kesalahan bahasa terutama dalam bahasa Inggeris.

Kadang-kadang staff saya buat kesilapan bahasa Inggeris, saya betulkan tapi ‘tarik tepi’ (tegur secara peribadi).

Joe Flizzow

Joe berkata demikian ketika majlis pelancaran aplikasi SOLS Edu yang menawarkan program pembelajaran yang merangkumi kemahiran Asas Bahasa Inggeris Untuk Pekerjaaan (Work Essential English).

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kalau Nak Tegur, Tarik Tepi..” – Joe Flizzow Nasihat Tak Perlu Malukan Orang Kalau Salah ‘Grammar’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments