#Hiburan: “Suara Saya Nyanyi Live Dan Rakaman Tak Jauh Beza” – Iqbal Simpan Hasrat Beraksi Di Pentas AJL

Biarpun single pertama belum diperdengarkan kepada umum lagi, usahawan yang kini sudah bergelar sebagai seorang penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli sudah menyimpan angan-angan untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Advertisement

Menurut Iqbal, taruhannya menerusi lagu Hujan selain paduan vokal yang baik membuatkan dirinya berasa yakin mampu untuk bersaing di pentas berprestij itu.

Tidak rasa tergugat sangat sebab suara saya ketika menyanyi live dan rakaman tak jauh beza pun.

Dalam pada masa yang sama, dia turut berkata kepada pihak mStar bahawa perlu membuat persediaan yang rapi serta memperbanyakkan latihan kerana sedar dirinya merupakan pendatang baharu.

Advertisement

Idea lagu ciptaan Eriq Fuzi daripada kumpulan Floor 88 itu mengisahkan perjalanan kisah peribadi Iqbal diantara hubungan cintanya bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida berakhir dengan perpisahan

Iqbal Zulkefli

Iqbal turut berharapa agar orang ramai dapat memberinya peluang untuk menghiasa dunia seni dengan bakatnya selain mahu menjadikan lagu ini sebagai coretan perjalanan hidupnya.

Semoga berjaya Iqbal.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Suara Saya Nyanyi Live Dan Rakaman Tak Jauh Beza” – Iqbal Simpan Hasrat Beraksi Di Pentas AJL first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments