Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun maut selepas terjatuh daripada tingkat tujuh sebuah apartment yang berlokasi di Presint 5, Putrajaya, semalam.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz selepas pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 6.55 petang.
Mangsa, adik Keisya Nawrah Md Rizal difahamkan berada dalam bilik seorang diri kerana mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) serta berkunci dari dalam.
Siasatan awal mendapat bahawa mangsa pada ketika itu berada dengan kakaknya yang berusia 14 tahun serta adik lelaki berusia 7 tahun manakala kedua ibu bapa mereka tiada di rumah kerana keluar bekerja.
Ibu bapa mangsa yang pulang kira-kira 6 petang mendapati bilik mangsa berkunci dari dalam, dan pintu hanya dapat dibuka menggunakan kunci pendua.
Sebaik dibuka didapati mangsa tiada di dalam bilik, manakala tingkap dan jeriji terbuka. Ibu bapa mangsa kemudian bergegas ke tingkat bawah bangunan dan mendapati ramai orang sedang berkumpul melihat anaknya yang terbaring di atas lantai.
Mangsa kemudiannya didapati kritikal dan diberi rawatan kecemasan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya.
Namun, arwah telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan dan pemeriksaan mendapati mangsa patah kedua belah siku dan kaki kiri.
Jelas Asmadi lagi, kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Ibu Bapa Keluar Bekerja, Anak 11 Tahun Maut Jatuh Daripada Tingkat 7 Apartment Di Putrajaya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments