#Hiburan: Sambut Hari Kelahiran Ke-35, Zul Ariffin Berazam Untuk Tutup Kisah Lama

Pelakon popular, Zul Ariffin dilaporkan telah menyambut hari kelahirannya yang ke-35, semalam.

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan Zul menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya di samping mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan ucapan selamat sempena hari istimewanya itu.

Zul juga menzahirkan perasaan syukur kerana Allah S.W.T telah merahmati kehidupannya meskipun banyak pengajaran berjaya dikutip sepanjang bergelar anak seni.

Advertisement

Terima kasih semua untuk ucapan, saya sangat hargai. Saya telah lalui setahun yang penuh dengan jatuh bangun dan saya bersyukur kepada Allah kerana memberi kekuatan kepada saya melaluinya. Allah telah tunjuk siapa yang benar dan tidak benar, siapa yang ada untuk saya dan siapa yang tidak, orang yang boleh saya percaya dan yang tak boleh percaya.

Tulisnya lagi, terlalu banyak kisah dan tauladan telah dipelajari dan sudah tiba masa untuk Zul menutup perkara-perkara lama serta membuka lembaran baru dalam hidup.

Selain itu, pelakon filem Tombiruo ini juga berkata para peminat di luar sana sentiasa menjadi tulang belakang dan tidak pernah sekalipun gagal memberikan sokongan padu terhadap dirinya.

“Saya ucapkan terima kasih dan akan tampil dengan lebih karakter, konten dan cerita untuk menemani anda semua di skrin..” ujarnya lagi di hantaran tersebut.

BeautifulNara ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir  kepada Zul Ariffin, semoga panjang umur dan diberkati selalu hendaknya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sambut Hari Kelahiran Ke-35, Zul Ariffin Berazam Untuk Tutup Kisah Lama first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments