Sudah 14 tahun kisah tragis melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Nurin Jazlin berlalu pergi tanpa ada sebarang perkembangan kes yang terbaru.
BACA: Kisah Pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin Pada Tahun 2007 – Pt 1
Malah, sehingga ke hari ini pelaku perbuatan kejam tersebut tidak diketahui dan sekaligus menjadikan kematian Allahyarham menjadi tanda tanya.
Terbaru, bapa kepada Allahyarham Nurin, Jazimin Abdul Jalil ada meluahkan perasaannya menerusi satu hantaran di Facebook yang dibuatnya, baru-baru ini.
Menurut Jazimin, dia sudah menanti selama bertahun-tahun agar keadilan sewajarnya diberikan kepada anak kesayangannya itu.
Sekadar info, adik Nurin telah dijumpai di dalam sebuah beg pakaian dengan beberapa kesan kecederaan teruk dipercayai dirogol oleh individu yang berhati binatang.
Allahyarham yang hanya berusia lapan tahun pada ketika itu dipercayai telah keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju sebelum dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007.
Arwah Nurin kemudiannya ditemui meninggal dunia di hadapan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48, Petaling Jaya dalam keadaan menyayat hati 27 hari kemudian.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post 14 Tahun Kisah Tragis Berlalu, Bapa Nurin Jazlin Masih Tuntut Keadilan Buat Anaknya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments