Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi pengalamannya menerusi aplikasi Tik Tok ketika menjawab pertanyaan peminat mengenai detik perkenalan dan sewaktu mula-mula dia mahu melamar Deena sebagai isterinya.
Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim menceritakan saat isterinya berdoa semasa meraikan sambutan hari jadinya pada 2016, Qaabila Deena Emir berdoa memohon dipertemukan jodoh secepat mungkin dan sebaik dia selesai berdoa, telefonnya berbunyi dan Saharul adalah orang yang menelefonnya.
Saharul, 31, berkata, dia adalah lelaki pertama yang muncul selepas isterinya itu memasang hajat sewaktu sambutan ulang tahun kelahirannya pada 2016.
Sebelum dia menjawab panggilan saya, dia sedang meraikan hari jadinya. Mereka meminta Deena berdoa dan dia meminta dipertemukan jodoh secepat mungkin. Selepas dia selesai membuat hajat dan berdoa itu, kebetulan saya pula telefon.
Pelakon 30 Pesanan Suara itu sudah mengenali isterinya beberapa tahun sebelum itu. Selepas beberapa tahun berkawan, mereka kemudiannya tidak berhubung seketika sebelum Saharul menyuarakan hasrat untuk memperisterikan Deena pada hari jadinya.
Lamaran Saharul ketika sambutan hari jadi Deena itu akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 4, dan Fateema Azzahra yang kini berusia setahun.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Mungkin Itu Adalah Petunjuk Daripada Allah Saya Adalah Jodohnya” – Saharul Ridzwan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments