#Hiburan: Pencarian Pemenang Berakhir! Kongsikan Ipoh Anda Berjaya Tarik Lebih 500 Penyertaan!

Julung kalinya OLDTOWN White Coffee berkolaborasi bersama BeautifulNara dalam peraduan Kongsikan Ipoh Anda, yang mengajak pembaca berkongsi pengalaman dan memori mereka di Ipoh.

Ipoh dipilih secara spesifik kerana khazanah budayanya yang tinggi dan paling penting ia merupakan tempat kelahiran jenama kopi puteh pilihan ramai OLDTOWN White Coffee.

Advertisement

Sambutan penyertaan yang menggalakkan

PERADUAN IPOH

Kongsikan Ipoh Anda dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang disambut bulan lalu. Walaupun peraduan berlangsung kurang sebulan, kami berjaya menerima lebih 500 penyertaan melalui 4 halaman Facebook iaitu BeautifulNara, Oh! Media, GoodyMy dan Goody25.

Ini sememangnya melepasi jangkaan kami dan membuatkan kami sedikit sukar memilih pemenang, kerana semua memori yang dikongsikan begitu bermakna.

 
Advertisement

Tahniah kami ucapkan kepada seorang peserta daripada BeautifulNara, Siti NurSyahadah Syada yang telah berjaya menjadi salah seorang daripada pemenang utama. 

Dia telah menerima model miniatur Ipoh (hasil sentuhan oleh artis miniatur berbakat, PicoWorm, produk OLDTOWN White Coffee dan hadiah wang tunai bernilai RM250.

Picoworm angkat kisah masyarakat Malaysia sebagai inspirasi

PICOWORM X OTWC

Bagi artis miniatur, Picoworm dia berasa sangat berbangga dapat bekerjasama dalam peraduan ini dan berjaya menerjemahkan memori Ipoh dalam bentuk miniatur.

Kalau anda masih ingat juga, kami ada memberitahu akan memilih gambar dan video terpilih untuk diabadikan dalam video OLDTOWN White Coffee x BeautifulNara. Jadi kami nak kongsikan hasil video tu bersama anda.

Video ini turut memaparkan kerja disebalik pembinaan miniatur oleh Picoworm dan bagaimana dia kekal fokus dan bersemangat.

 

BeautifulNara dan OLDTOWN White Coffee ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengikut kami yang sudi berkongsikan kenangan dan memori Ipoh anda.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Pencarian Pemenang Berakhir! Kongsikan Ipoh Anda Berjaya Tarik Lebih 500 Penyertaan! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments