Personaliti media sosial dan YouTuber terkenal, Imran Bard semakin menjadi sebutan ramai apabila dialog ‘ghisau ghisau’ olehnya menjadi fenomena sehingga ramai pelakon popular tanah air menggunakan suara dan dialog tersebut dalam video mereka termasuklah pelakon Nur Fazura dan Ben Amir.
Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin mula mendapat populariti mendadak sehingga berjaya meraih hampir 400,000 pengikut TikTok dalam tempoh singkat.
Pemuda yang kian mengorak langkah sebagai personaliti media sosial, Imran Bard menafikan sudah menerima tawaran berlakon dan berkata dia tidak pernah terfikir untuk ke arah itu.
Saya orangnya biasa-biasa sahaja. Cekak memang ‘trademark’ saya.
Imran, 20, berkata dia tidak menerima apa-apa tawaran berlakon dan menganggap dirinya bukan seorang yang good looking untuk menjadi seorang pelakon.
Terkenal dengan aksi bersahaja termasuk dialog ‘ghisau ghisau’, Imran akui dia tidak menyangka dikenali ramai dalam sekelip mata gara-gara kuasa tular Internet. Tambahnya lagi, pada mulanya dia hanya melihat kawannya bermain aplikasi TikTok.
Tengok kawan main TikTok kemudian blow up. Jadi, saya pun terpanggil nak main TikTok. Saya cuba, mana tahu rezeki kita pula dapat naik.
Pelajar jurusan seni kulinari itu turut mengecap populariti drastik dalam YouTube. Sehingga kini, jumlah subscriber YouTube Imran sudah mencecah 275,000 orang dan salah satu video yang dimuat naik dalam YouTube miliknya berjudul ‘Dalgona Candy’ kian meraih 1 juta tontonan.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Saya Orangnya Biasa-Biasa Sahaja” – Imran Bard Jadi Fenomena, Nafi Terima Tawaran Berlakon first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments