#Hiburan: “Saya Infaqkan Hasil Jualan Balado Paknil Untuk Bantu Orang Lain” – Aznil Nawawi

Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi menyentuh hati ramai netizen apabila dia memuat naik satu hantaran video  dalam Instagram miliknya.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Aznil atau nama lengkapnya Datuk Haji Aznil bin Haji Nawawi menghulurkan bantuan berupa wang tunai kepada seorang wanita dipercayai gelandangan.

Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil menghulurkan beberapa keping wang kertas bernilai RM100 kepada seorang wanita sambil menangis kerana sedih mengenangkan nasib wanita terbabit.

Advertisement

Dalam rezeki saya ada rezeki orang lain. Saya infaqkan hasil jualan Balado Paknil untuk bantu orang lain.

Biarpun ditolak berkali-kali oleh wanita itu, Aznil berkeras memintanya untuk menerima sumbangan tersebut yang diinfaqkan daripada hasil jualan pes Balado Paknil.

Datuk Aznil Nawawi

Bekas pengacara program Akademi Fantasia itu ditemani pemandu peribadinya datang bertemu wanita yang sedang duduk di bawah sebuah jambatan sendirian dalam keadaan kaki berbalut akibat tercedera.

Menurusi ruangan komen dalam hantaran tersebut, rata-rata pengikut memuji tindakan Aznil membantu golongan yang memerlukan.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Infaqkan Hasil Jualan Balado Paknil Untuk Bantu Orang Lain” – Aznil Nawawi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments