#Hiburan: (TAHNIAH) Amir Floor88 Selamat Timang Anak Sulung Secara Pembedahan

Pemain gitar kumpulan Floor88, Amir menimang cahaya mata pertama apabila isterinya, Zarith Shawara selamat melahirkan anak sulung mereka selepas 36 jam menahan sakit akibat kontraksi.

Advertisement

Amir atau nama lengkapnya Amirul Affeq berkata isterinya melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 9 malam, Selasa.

Menurut Amir, 30, selepas menahan sakit sejak Isnin lalu, akhirnya Isterinya selamat melahirkan anak sulungnya. 36 jam isteri menahan sakit nak bersalin tetapi masih belum ada jalan untuk baby keluar, akhirnya doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan.

Advertisement

Demi keselamatan isteri dan anak, kami bersetuju pembedahan dilakukan. Memang sedih sangat sebab tak dapat teman isteri sakit seorang diri dalam bilik bersalin. Sepanjang tempoh menunggu itu, saya hanya setakat dapat buat video call dan jumpa lima minit sebelum pembedahan.

Pemain gitar kumpulan Floor 88 yang terkenal menerusi lagu Hutang itu berkata isterinya tidak sihat kerana beberapa hari sebelum masuk hospital, dia diserang demam campak atau chicken pox. Tetapi selepas makan ubat sekarang keadaan Zarith semakin baik cuma belum boleh sentuh bayi yang baru dilahirkan.

Amir Floor88

Kesukaran isterinya melahirkan cahaya mata sulung mereka ini benar-benar membuka mata Amir untuk lebih menghargai pengorbanan seorang ibu.

Tengok sendiri sakit yang isteri tanggung baru sedar pengorbanan seorang ibu. Kita sebagai lelaki tidak boleh nak balas betapa besar jasa ibu melahirkan kita.

Pengalaman pertama ini menjadikan Amir lebih menghargai isteri dan kaum ibu. Amir turut meluahkan rasa syukur pembedahan isterinya berjalan lancar dan kedua bayi dan isterinya sihat.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAHNIAH) Amir Floor88 Selamat Timang Anak Sulung Secara Pembedahan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments