Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita warganegara asing yang dilihat mengamuk kerana tidak dibenarkan memasuki sebuah premis.
Hal itu selepas wanita itu dipercayai enggan mengenakan pelitup muka sebelum dihalang oleh pekerja di sebuah butik Dior di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) dan ia telah mengundang kemarahan netizen selepas dilihat cuba mencabar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia.
Was in a que at @Dior KLCC!!! No entry for no mask!!! This lady resisted and said those with masks are communist!! Applying “white entitlement” in Malaysia!! Kudos to the @Dior KLCC and @SuriaKLCCMall staff @Khairykj @KKMPutrajaya please find and fine her!!! pic.twitter.com/hXzi9difRg
— DFE (@DFEfiercefun) October 27, 2021
Menyedari dirinya ‘dipanggil’ netizen, Khairy Jamaluddin turut tampil memberikan respon balas terhadap kejadian itu dan beliau menegaskan agar orang ramai khususnya pelancong asing supaya mengenakan pelitup muka ketika berada di setiap lokasi awam di Malaysia.
Bila berada di Rome, ikut cara Roman, bila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka tanpa mengira peraturan di tempat lain.
Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi laman Twitternya baru-baru ini dengan meminta setiap individu untuk memakai mask tanpa mengira perbezaan peraturan di tempat lain.
Menerusi ciapannya itu juga, Khairy turut berkata pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat terkini daripada pihak pusat beli-belah di KLCC berhubung kejadian itu. Pastinya, tindakan wanita tersebut pastinya mengundang kritikan dari warganet.
Untuk makluman, individu yang digelar “Karen” telah trending di Twitter akibat bedilan dan kritikan bertubi-tubi dari netizen.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Tular Individu Bernama “Karen” Enggan Pakai Pelitup Muka Di KLCC, KJ Bagi Respon Ringkas Tapi Padat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments