Penyanyi terkenal, Aina Abdul kini tampil lebih langsing berbanding sebelumnya dan sedikit susut dari segi saiz tubuh badan.
Ujar penyanyi lagu Sumpah ini, dia kini mengamalkan gaya hidup sihat dengan kerap mengunjungi gimnasium sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mei lalu.
Jelasnya lagi, dia sudah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7 kilogram dan sangat gembira dengan perubahan tersebut.
Alhamdulillah, saya sudah hilang 7 kilogram. Sejak menjalani gaya hidup saya, saya lebih gembira menjalani rutin harian. Bangun pukul 7 pagi, saya akan workout. Dulu ketika PKP, saya workout secara virtual. Tetapi selepas dibenarkan untuk keluar, saya aktif di gimnasium. Boleh dikatakan saya ke gimnasium empat kali seminggu.
Aina kemudiannya memberitahu bahawa dia berusaha untuk kurus kerana ingin lebih selesa ketika menyanyi di pentas dan bukanlah kerana sering dikecam oleh netizen.
Bukan, saya kurus untuk diri sendiri, untuk saya rasa selesa. Kalau ada pun kritikan netizen yang bersifat negatif, mungkin mereka berada dalam senarai paling akhir untuk saya hiraukan.
Dalam pada itu, Aina turut sempat mengucapkan terima kasih kepada netizen yang melontarkan kata-kata negatif kerana ia berjaya melahirkan sifat-sifat yang lebih baik daripadanya.
Perkembangan lain, Aina bakal muncul dengan lagu baharu tidak lama sahaja lagi dan ia akan dirakamkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Fokus Jaga Badan Dan Ingin Langsing, Aina Abdul Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 7 kg first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments