Pelakon Fasha Sandha tidak dapat mengungkap rasa syukur apabila dianugerahkan seorang ibu mertua yang sangat baik dan penyayang.
Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik satu hantaran dalam Instagram miliknya, dan berkongsi luahan rasa dan kata-kata manis untuk ibu mertuanya, Rokkiah Md. Noor sempena sambutan ulang tahun kelahirannya semalam.
Fasha, 37, berkata ibu mertuanya adalah ibu mertua terbaik di dunia. Ibu yang sangat berhati mulia, selalu mengatakan kata-kata manis dan mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak dan menantu.
Siapa yang mengenali ibu mertua saya pasti tahu, jiwa kasih sayangnya itu tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon filem Anak Mami Kembali itu turut mengucapkan terima kasih buat ibu mertuanya kerana menjadi ibu yang baik bukan sahaja kepadanya, malah untuk menantu-menantu lain tanpa mengira kasih.
Fasha turut meluahkan rasa syukur dikurniakan ibu mertua yang baik dan mendoakan agar ibu mertuanya itu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia dan diberikan kesihatan yang baik.
Fasha mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pelakon Aidil Aziz pada 28 Mac 2019 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aisha berusia setahun dua bulan.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ibu Mertua, Fasha Sandha Luah Rasa Syukur first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments