#Hiburan: Tak Setuju Vaksin Anak-Anak Bawah 12 Tahun, Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Capai Kata Sepakat

Pelakon Datuk Fizz Fairuz bersama isteri, Datin Almy Nadia mencapai kata sepakat untuk tidak bersetuju berkenaan keputusan kerajaan untuk mendapatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Advertisement

Fizz menerusi kenyataannya berpendapat bahawa belum tiba masa yang sesuai untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak.

Bimbang akan kesan sampingan vaksin kepada kanak-kanak, Fizz berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

Advertisement

Pada pendapat saya, belum sesuai kot. Tak perlu kot untu anak-anak sebab kesan dia terlalu kuat. Walaupun telah dikurangkan dos, tapi tetap beri kesan terhadap mereka. Orang dewasa pun tak tahan, inikan pula kanak-kanak. Mohon kerajaan pertimbangkan sebab kerajaan ini umpama bapa.

Jadi, mohon pertimbangan juga, jangan diperketatkan dan jangan memaksa sebab ramai kanak-kanak dah ambil vaksin influenza..anak saya pun ambil. Serba sedikit dapat juga membantu. Kalau boleh kita tangguh dahulu. Tunggu betul-betul vaksin ni tak ada kesan pada kanak-kanak.

Perkara tersebut dimuat naik Fizz menerusi sebuah hantaran Instagram untuk perkongsian bersama peminat di media sosial.

Manakala bagi Datin Almy Nadia, dia tidak mahu anak-anaknya dijadikan bahan uji kaji untuk suntikan tersebut.

Maklumnya lagi, dia berasa risau daya ketahanan kanak-kanak yang mungkin tidak mampu menampung kesan selepas disuntik vaksin.

“Jangan ikut sedap perut saja nak buat anak-anak kecil ni bahan uji kaji. Maaf, saya sangat emosi bab ni.” tulis Almy di ruangan komen hantaran suaminya itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tak Setuju Vaksin Anak-Anak Bawah 12 Tahun, Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Capai Kata Sepakat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments