#Hiburan: Sayu..Kucing Ariff Bahran Terjatuh Dari Tingkat 10, Titip Ucapan Selamat Tinggal Buat Peminat Sebak

Penyanyi Ariff Bahran khabarnya baru sahaja kehilangan kucing kesayangan yang diberi nama Ivy, baru-baru ini.

Advertisement

Kucing Ariff dikatakan jatuh dari tingkat 10 kediaman kawannya lalu mati sebelum sempat penyanyi itu bertemu buat kali terakhir.

View this post on Instagram

A post shared by Ariff Bahran (@ariffbahran)

Berita sedih itu turut dikongsi penyanyi lagi Kata Akhirmu itu di ruangan Instagram untuk tatapan peminat.

Mengenali Ivy, dia sangatlah aktif. Lompat sana sini pantang nampak pintu terbuka. Saya hubungi kawan saya 10 minit sebelum sampai. Ivy tiba-tiba meloncat keluar, ketika itu kawan saya membuka tingkap rumah untuk biar angin masuk. Tingkap itu dari tingkat 10. Tak sempat nak jumpa Ivy. Saya minta maaf.

Kata Ariff, Ivy dihantar ke kediaman itu kerana tujuan ‘mating’ dengan kucing milik kawannya itu.

Advertisement

Menganggap ia tragedi pahit sepanjang beberapa minggu kali ini, Ariff dilihat menerima ucapan takziah daripada peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Sabar ya Ariff…

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Sayu..Kucing Ariff Bahran Terjatuh Dari Tingkat 10, Titip Ucapan Selamat Tinggal Buat Peminat Sebak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments