Isu dakwaan Zizi Kirana gagal melangsaikan baki drama Jamu Nesan arahan Datuk Rafiena menarik perhatian ramai apabila ia melibatkan imej baru penyanyi itu yang kini sudah bertudung.
Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil tampil memberi penjelasan berkenaan hal tersebut dan beliau berkata telah mendapat padangan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah berhubung cadangan pihak produksi menyuruhnya memakai rambut palsu.
Menurut Zizi seperti yang telah dinasihatkan oleh mufti, perbuatan memakai rambut palsu ketika sudah menutup aurat dengan berhijab adalah berdosa.
View this post on Instagram
Memang pihak dia (Rafiena) ada alternatif lain seperti memakai rambut palsu tapi saya tetap dengan keputusan bertudung. Mufti pun kata haram untuk pakai rambut palsu walaupun atas urusan kerja.
Isu ini hangat diperkatakan sejak semalam, selepas Rafiena mendakwa penyanyi tersebut telah melanggar kontrak drama Jamu Nesan iaitu pelakon yang terlibat tidak dibenarkan menukar imej sepanjang penggambaran dijalankan.
Bagaimanapun, Rafiena menghormati keputusan Zizi dan cuba untuk berkompromi namun disebabkan sifat serta karenah Zizi, dia terpaksa menggantikan namanya kepada Didi Astillah
Isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin memaklumkan kepada pihak mStar bahawa dia mengetahui wataknya sudah digantikan dengan pelakon lain selepas dimaklumkan oleh pengurusnya.
Tambah Zizi, isu seperti ini sepatutnya tidak timbul jika segala perancangan dilaksanakan mengikut jadual sebelum dia bertudung, namun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan aktiviti seni dijalankan membuat perancangan itu terganggu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Mufti Kata Berdosa..” Pihak Produksi Cadang Pakai Rambut Palsu, Zizi Kirana Minta Nasihat Mufti first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments