#Hiburan: “Tak Payah Nak Jakun Sangat, Biaq Lah Aku Nak Pakai Apa..” – Sajat Tapis Komen Melampau Netizen Malaysia

Usahawan kosmetik terkenal yang kini menetap di Australia, Sajat dikhabarkan akan meneruskan perniagaan bengkung di negara itu.

Sehubungan dengan itu, Sajat memulakan rangka promosi dengan memuat naik foto tubuh badannya yang langsing dengan menggayakan bikini berwarna jingga di Instagram.

Advertisement

Seperti yang dijangka, foto tersebut telah mendapat reaksi yang negatif daripada netizen Malaysia hinggakan bahagian komen foto tersebut terpaksa ditutup oleh Sajat.

Advertisement

Tampil memberi respon, Sajat membidas kritikan netizen apabila dia merasakan bebas untuk memakai apa sahaja sepanjang berada di negara terbabit dan meminta orang ramai agar tidak lagi menganggu dirinya.

 

Korang kan memang tak boleh tengok orang senang kan? Kan dah kata Australia negara bebas kenapa korang masih lagi nak kecam-kecam macam aku kat Malaysia. Masih menyibuk.

 

Aku nak pakai apa ke, nak pakai bikini ke, seluar pendek ke, tak pakai baju ke. Aku tak faham korang ni jenis suka kecam. Lepas tu kaitkan dengan agamalah. Boleh tak tolong hormati kami sebagai manusia.

 

Aku duk Australia pun tetap kena kecam, biaq pi lah aku nak pakai apa pun!

Dalam pada itu, Sajat yang mempertahankan status dirinya sebagai seorang transgender berharap agar netizen Malaysia tidak lagi menulis komen yang melampau hingga menjejaskan reputasinya di sana.

Terdahulu, Sajat mengumumkan bahawa dia telah menerima kad hijau dan kad kuning daripada negara Australian di mana ia menjadikan dirinya kini sudah menjadi penduduk tetap di sana.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tak Payah Nak Jakun Sangat, Biaq Lah Aku Nak Pakai Apa..” – Sajat Tapis Komen Melampau Netizen Malaysia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments