#Hiburan: Selawat Tafrijiyyah Ada Unsur Syirik? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai dakwaan wujudnya unsur syirik dalam selawat Tafrijiyyah.

Advertisement

Berikutan itu, terdetik perasaan resah dan kerisauan dalam masyarakat muslim di Malaysia kerana amalan membaca selawat Tafrijiyyah itu telah sekian lama diamalkan sejak lama dahulu.

SelawatSumber : Google  

Tampil mengelakkan kekeliruan daripada berlarutan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan maksud sebenar di sebalik ayat yang digunakan dalam selawat tersebut.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, mereka menegaskan bahawa tiada sebarang unsur syirik dalam bacaan doa itu.

Kenyataan muftiSumber : Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  
Advertisement

Setelah dilakukan pengamatan terhadap lafaz-lafaz di dalam selawat Tafrijiyyah, kami mendapati bahawa tiada unsur syirik padanya. Oleh itu, tidak ada masalah dan diharuskan bagi sesiapa yang ingin mengamalkan selawat ini. Ini kerana ia hanya berkaitan dengan isu tawassul kepada Nabi SAW dan bukan mempertuhankan makhluk.

Sekadar info, selawat Tafrijjiyah yang juga dikenali sebagai Selawat Kamilah yang bermaksud sempurna atau terbuka.

Antara kelebihan mengamalkan selawat ini adalah dapat melenyapkan segala kesulitan, kesusahan, kesedihan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T serta banyak lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Selawat Tafrijiyyah Ada Unsur Syirik? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments