#Hiburan: “Demi Rasulullah SAW Aku Rela Berkorban..” – Yatt Hamzah Tunaikan Umrah Seorang Diri

Pelakon yang juga aktivisis kemanusiaan, Yatt Hamzah meluahkan rasa gembira apabila dapat mengerjakan ibadah umrah walaupun seorang diri tanpa ditemani suami tercinta, Mohamad Zulfahdli Khairuddin.

Advertisement

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memuat naik satu hantaran gambar dalam Instagram miliknya. Menerusi hantaran tersebut, Yatt ditemani keluarga termasuk anak-anak sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Tanah Suci.

Yatt Hamzah

Yatt, 40, memohon doa semua pengikut dalam media sosial nya bahawa dia akan mengerjakan umrah seorang diri kali ini tanpa suami dan anak-anak walaupun berat untuk meninggalkan anak-anaknya.

Ya Allah Kau Maha Baik. Terima kasih masih terima aku yang hina penuh dosa ini menjadi tetamu Kau lagi.

Pelakon yang pernah membintangi drama Dunia Baru itu bagaimanapun tidak berkongsi sebab suaminya tidak turut serta mengerjakan ibadah umrah bersamanya.

Advertisement

Yatt berkata dia tekad untuk mengerjakan umrah walaupun seorang diri kerana menganggap perkara itu sebagai satu pengorbanan demi Rasulullah SAW.

Menerusi hantaran tersebut, Yatt turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan di KLIA kerana membantu memudahkan urusannya mengerjakan ibadah umrah.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Demi Rasulullah SAW Aku Rela Berkorban..” – Yatt Hamzah Tunaikan Umrah Seorang Diri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments