Pelakon dan penerbit terkenal Datuk Rosyam Nor mengakui dia tidak meminggirkan bakat-bakat baharu yang mempunyai ramai pengikut di media sosial untuk diketengahkan dalam industri seni.
Rosyam atau nama lengkapnya Datuk Mohamed Noor Bin Shamsuddin berpendapat bahawa media sosial kini adalah satu platform berpengaruh untuk pencarian kepada bakat-bakat baharu dalam industri seni tanah air.
Pelakon drama Gerak Khas Undercover itu berkata jika zaman dulu, penerbit banyak berpandukan kepada suratkhabar dan majalah kerana muka-muka mereka yang keluar di majalah atau surat khabar mempunyai peminat tersendiri.
Mereka ini akhirnya diberi peluang untuk masuk ke dalam industri. Sebenarnya tidak ada bezanya zaman dulu dan sekarang. Cuma, platformnya saja yang berbeza.
Rosyam, 54, menjelaskan ramai juga artis-artis lama yang terkenal hari ini muncul daripada majalah dan suratkhabar hinngga akhirnya menimba pengalaman serta mempunyai bakat yang baik.
Menurut Rosyam, dia sendiri kerap tampil dalam suratkhabar dan majalah yang akhirnya menjadi pilihan penerbit untuk berlakon sehingga dikenali peminat dan itu semuanya adalah satu permulaan kepada bakat ataupun profesion pendatang baharu sebagai pelakon.
Kalau zaman saya dulu sukar untuk kita masuk ke majalah kecuali jika mempunyai rupa paras yang elok dan penampilan yang hebat.
Bapa kepada lima orang anak itu berpesan agar pelakon-pelakon yang berbakat agar bergiat secara aktif dalam media sosial mereka supaya tidak tertinggal jauh di belakang.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Rosyam Nor Beri Galakan Guna Media Sosial Sebagai ‘Platform’ Serlah Bakat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments