Pelakon jelita, Atikah Suhaime nampaknya masih mengalami dilema mengenai berat badan dan kini sedang berusaha untuk menguruskan berat badan.
Ujar pelakon drama Dendam Cinta Arissa ini lagi, dia telah merancang untuk diet menggunakan caranya tersendiri.
Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime berkata bahawa dia mudah untuk naik berat badan meskipun hanya memakan seketul tauhu.
Jadi sekarang saya merancang untuk ‘crush diet’ (diet melampau) untuk tiga hari dan kembali pada diet sihat (pada hari keempat). Kemudian buat bali ‘crush diet’.
Dalam hantaran lain, pelakon yang kini sedang hangat bercinta bersama kekasih hati, Datuk Lokman Teh berkata dia masih berpegang pada prinsip ‘sayangi tubuh badan sendiri’ walaun sebesar mana dirinya sekarang.
Katanya lagi, dia hanya ingin kelihatan cantik dan menarik kerana itu salah satu cara untuk berasa yakin dan gembira dengan diri sendiri.
Terdahulu, Atikah mendedahkan bahawa dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana mengalami pertambahan berat badan sehinggga berasakan diri seperti seekor ikan paus.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Takut Gemuk, Atikah Suhaime Dilema Nak Makan Tauhu Seketul first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments