#Hiburan: Nafi Takut Kena Caras, Wany Hasrita Tak Dedah Kekasih Hati Sebab…

Penyanyi Wany Hasrita memberitahu bahawa dia masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi identiti teman lelaki kepada umum bukan kerana takut ‘dicaras’ orang.

Advertisement

Jelas Wany, dia tidak mahu melebih-lebih dalam soal percintaan kerana ikatan antara mereka yang belum rasmi sebagai suami isteri.

Tiada istilah takut dicaras kerana itu semua Allah punya kerja. Kalau ditakdirkan kena caras mungkin ada yang lebih baik untuk saya dan dia.

Advertisement

Saya tiada niat nak merahsiakan identiti sebenar si dia, tapi saya banyak belajar daripada kesilapan sebelum ini yang pernah berkongsi dan muat naik foto di media sosial.

Namun begitu, Wany menjelaskan bahawa itu hanyalah pendapat peribadinya kerana ada orang yang suka berkongsi foto dan momen bahagia di media sosial.

Dia dalam pada itu memaklumkan bahawa khabar angin yang mengatakan dia akan menamatkan zaman bujang itu adalah tidak benar.

Tiada apa yang dapat saya kongsikan waktu ini kerana belum ada apa-apa yang rasmi, kad kahwin pun tak keluar lagi.

Tambahnya lagi, dia pasti akan memaklumkan mengenai berita gembira mengenai perkahwinan serta tarikh rasmi apabila tiba harinya nanti.

angan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Nafi Takut Kena Caras, Wany Hasrita Tak Dedah Kekasih Hati Sebab… first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments