Penyanyi lagu Janji Manismu, Aishah mengakui berasa terkilan dan kecewa dengan tindakan segelintir pengusaha produk pelangsingan badan serta duta produk yang sanggup menipu pelanggan demi meraih keuntungan.
Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aaishah Wan Ariffin,55, dia mendedahkan bahawa rata-rata duta produk yang dilantik sebenarnya sudah sedia kurus bukan dengan cara menggunakan produk yang diwakili mereka tetapi kurus hasil daripada pembedahan pintasan usus (prosedur Bariatric).
Dia yang sebelum ini turut pernah menjalani prosedur tersebut telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 33 kilogram setelah dua tahun menjalani pembedahan itu.
Aishah dalam pada itu turut memesan kepada pengusaha produk perlangsingan agar berhenti menipu pengguna kerana ianya sama sekali bukanlah tindakan yang betul untuk dilakukan.
View this post on Instagram
“Saya rasa sedih apabila terjadinya syarikat produk-produk kuruskan badan yang menggunakan duta yang sebenarnya telah kurus kerana pembedahan bariatric dan bukan disebabkan kebersanan produk mereka. Allahuakbar, hentikan penipuan ini! Ini bukan tindakan yang betul. Pihak berkuasa pantaulah produk-produk begini..”
Mengakui bukan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal, penyanyi lagenda itu berkata dia kini masih mencuba dan berusaha untuk mencapai berat badan impian.
View this post on Instagram
Dia yang dilihat berkongsi pengalaman serta perjalanan mendapatkan berat badan idamannya itu di ruangan Instagram miliknya turut memberitahu bahawa menjadi orang berbadan besar bukan mudah kerana terpaksa menghadapi cabaran seperti ‘body shaming’ dan sebagainya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments