Pengacara Nabil Mahir baru-baru ini telah meminta pengguna aplikasi janji temu Tinder agar membuat laporan salah guna apabila ada individu yang telah menggunakan gambarnya sebagai paparan utama.
Menggunakan nama Hanz, individu tersebut memakai gambar Nabil yang berlatar belakangkan sebuah masjid sebagai gambar utama.
Nabil yang juga merupakan tunang kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat telah memuat naik pesanan tersebut menerusi Instagram Storynya, semalam.
“Ni bukan Hanz, ni Hanjing namanya nak pakai gambar saya bersama masjid di Tinder. Tolong report kalau korang ada jumpa ni ya. Thank you.”
Dilihat Ayda Jebat turut memuat naik perkara yang sama menerusi akaun Instagram miliknya. Berseloroh mengatakan bahawa tunangnya itu tiada Tinder namun hanya ‘Ting Tong’, pasangan ini telah mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 nanti.
View this post on Instagram
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments