#Hiburan: Menderita Sakit Berkaitan Masalah Peti Suara, Doktor Nasihat Nabila Razali Agar Berehat Lebih Lama Sehingga Pulih

Penyanyi lagu Peluang Kedua, Nabila Razali memberitahu bahawa dia berkemungkinan akan berehat lebih lama akibat masalah peti suara yang dihadapinya setelah mendapat saranan daripada doktor.

Tambah Nabila, dia terpaksa menghadkan aktiviti seninya buat sementara waktu dan kini berada dalam pemantauan doktor sehingga betul-betul pulih.

Nabila juga menjelaskan bahawa masalah peti suara yang dihadapi berkemungkinan berpunca daripada dirinya yang bekerja terlalu kuat sehingga mengabaikan waktu rehat. Selain itu, cara nyanyian yang tiada teknik serta faktor pemakanan juga mungkin menjadi punca masalah itu.

Namun begitu, dia masih boleh bekerja namun terpaksa membataskan penggunaan suara.

“Saya masih boleh bekerja cuma terpaksa bataskan penggunaan suara. Doktor menasihatkan saya berehat seberapa lama mungkin tapi memandangkan karier seni memerlukan fizikal dan suara, saya terpaksa teruskan mana yang mampu. Tapi kalau boleh doktor suruh berhenti kejap supaya boleh pantau keadaan saya cuma tidak diberitahu berapa lama.”

Tambah Bella, dia juga ada melihat keadaan penghibur lain yang mengalami masalah yang sama dan berdasarkan pemerhatian, ada antara mereka yang perlu berehat lama sehingga bertahun-tahun.

View this post on Instagram

A post shared by Second Chance ??? (@nabila.razali)

Nabila juga mengakui kerjaya lakonan yang memerlukannya menjerit dan babak gaduh terpaksa dipertimbangkan semula gara-gara masalah yang dihadapinya itu.

Minggu lalu, Bella melalui pihak pengurusannya telah memaklumkan bahawa dia terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 35 akibat masalah kotak suara.

Sumber : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments