#Hiburan: “Bertahun Dia Menunggu Kepulangan Suami” – Datin Patimah Dedah Kesetiaan Puteri Sarah

Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail telah berkongsi kisah kesetiaan menantunya, Puteri Sarah Liyana.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Patimah memaklumkan Sarah telah mempertahankan rumah tangganya sebelum mengambil keputusan untuk berundur diri.

Advertisement

Bagaimanapun, isteri kepada Yusof Haslam itu memahami keputusan yang diambil oleh menantunya itu selepas Syamsul memilih untuk menikahi wanita yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

Bertahun Puteri Sarah menunggu kepulangan suami, malah boleh tunggu lebih lama, namun bila suami memilih wanita lain, dia pasti mengundur diri.

Bukan itu sahaja, hantaran tersebut turut disertakan dengan lagu Kepada Hati nyanyian penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

Terdahulu, Syamsul membatalkan hasrat untuk melafazkan talak terhadap Sarah selepas isteri pertamanya itu enggan menarik semula kes saman terhadap keluarga madunya, Ira Kazar.

Namun, Sarah tetap dengan pendiriannya dan menegaskan bahawa dia tidak akan menarik semula saman tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ND lala kazar saisi, ira kaza, syamsul yusof
24 jam lalu

(VIDEO) "Rajin Syamsul Basuh Pinggan.." - ND Lala Ziarah Beraya Rumah Kazar Saisi, Undang Pelbagai Reaksi Netizen

The post “Bertahun Dia Menunggu Kepulangan Suami” – Datin Patimah Dedah Kesetiaan Puteri Sarah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments