#Hiburan: Tak Dapat Laksanakan Kerja Di Johor Bahru, Adibah Noor Berang PKPB Dikuatkuasakan

Penyanyi dan pelakon Adibah Noor khabarnya kurang senang dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Rentetan kejadian, beliau dilihat tampil meluahkan rasa tidak puas hati apabila pendapatannya kembali tersekat susulan PKPB dikuat kuasakan oleh kerajaan bagi membasmi penularan wabak COVID-19.

Menerusi hantaran tweet di laman Twitter miliknya, Adibah memaklumkan beliau baru sahaja mendapat dua kerja di Johor Bahru namun segalanya terpaksa dibatalkan berikutan perintah berkenaan.

Bagaimanapun, beliau yang popular dengan sikap profesionalnya itu tampil  menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat buatnya, malah tidak ketinggalan mendoakan sesiapa sahaja yang mempersenda, mencaci maki dan berpuas hati di atas kesusahan orang lain tidak ditimpa kesusahan kelak.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, keputusan pelaksanaan PKPB dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments