#Hiburan: Pertikai PKPB Umum Di Saat Akhir, Diana Danielle Dikecam Netizen

Selepas kerajaan bertindak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, pelakon Diana Danielle khabarnya terkilan menzahirkan rasa tidak puas hati dengan berita tersebut.

Menurutnya, beliau berasa tidak adil kerana perkara itu dimaklumkan di saat akhir.

View this post on Instagram

Dia buat macam surprise harijadi je kan nyah

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

“Kenapa tak boleh bagitahu CMCO ni 2-3 hari sebelumnya? Kenapa sehari ja? Ini sama sekali tidak adil. Kelam kabut tak memasal kerana anda tidak dapat gauge untuk beberapa hari lagi! Bukankah itu jelas?”

Sementara itu, beliau juga dilihat mempunyai  alasan kukuh untuk berasa panik kerana dirinya kini berada di luar Kuala Lumpur.

“Yang lari orang lain, yang kena org lain. Salah tembak ni. Dan saya tidak berada di Kuala Lumpur sejak 3 hari yang lalu, bahkan sebelum pengumuman CMCO.  Oleh itu, saya mempunyai sebab untuk panik. Don’t trash your assumptions to me lol.”

Bagaimanapun hantaran tweet yang berkongsi di laman Instagram miliknya itu telah mengundang kecaman netizen kerana wujud segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan luahannya itu.

Sekadar informasi, PKPB dilaksanakan bermula jam 12.01 tengah malam, mulai 14 Oktober hingga 27 Oktober.

Untuk rekod, Diana yang kini sibuk dalam aktiviti seni merupakan isteri kepada pelakon Farid Kamil. Selepas mendirikan rumah tangga bersama, pasangan itu kini dikurniakan dua cahaya mata.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments