#Hiburan: Netizen Puji Anak Oksana Voevodina Dek Kian Terserlah Muka Orang Melayu

Umum mengetahui mengenai kisah Oksana Voevodina dan Sultan Kelantan sebelum ini. Walaupun tidak disebarkan secara rasmi, namun banyak khabar angin yang bertiup mengenai pasangan ini daripada ketika masih berkahwin sehingga sudah berpisah kini.

Yang paling menjadi perhatian ramai ialah apabila Oksana telah melahirkan seorang putera bernama Tengku Ismail Leon Petra pada bulan Mei tahun lepas walaupun khabar angin bertiup mengatakan bahawa Sultan Muhammad V sudah pun menceraikan wanita itu dua bulan sebelumnnya.

oksana dan sultan kelantan

Meskipun berterusan merahsiakan punca penceraian mereka namun Oksana menegaskan bahawa Ismail adalah zuriat Sultan Muhammad V malah dia sanggup menjalani ujian DNA untuk membuktikan kebenaran tersebut.

Sudah pun boleh berjalan, ramai yang tertarik melihat wajah terbaru Leon apabila wanita itu memuat naik foto anak lelakinya itu yang kini mencecah usia setahun lima bulan. Makin bahagia nampaknya keluarga kecil itu!

tengu ismail leon petra tengu ismail leon petra tengu ismail leon petra

Bahkan rata-rata netizen meninggalkan komen memuji paras rupa Leon yang semakin kelihatan seperti Melayu.

tengu ismail leon petra tengu ismail leon petra tengu ismail leon petra tengu ismail leon petra tengu ismail leon petra tengu ismail leon petra

Oksana juga ada berkongsi sebelum ini bahawa dia akan membiarkan Leon memilih agamanya sendiri apabila besar nanti, apabila ditanya mengenai status anak tersebut.

tengu ismail leon petra

Apa pun, semoga Leon akan membesar menjadi anak yang baik.

Sumber: Murai


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments