Meluhakan rasa tidak puas hatinya di laman Twitter terhadap seorang Menteri yang baru dilanrik beberapa hari lepas, penyanyi Nourul Wahab seakan mencuri perhatian netizen.
Biarpun tweetnya itu sudah dipadam, namun Nourul difahamkan tampil menyuarakan pendapatnya terhadap pembangunan di Kuala Lumpur yang dikatakan terlalu pada sehingga menyebabkan peratusan kes denggi di ibu negara kian meningkat.
“Tolong hentikan pembinaan kondominium dan apartmen di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Bangunan semua dah rapat dan kes denggi pun meningkat. Siapa yang akan membeli kondominium tersebut? Tolong periksa pemaju-pemaju di Bukit Ceylon. Terima kasih.”
Meskipun begitu, kenyataanya telahpun disalurkan kepada Menteri yang salah iaitu Datuk Seri Masidi Manjun yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi negeri Sabah.
Susulan tweet tersebut, netizen tampil menyerangnya hingga menulis komen yang kasar termasuk panggilan ‘bodoh’.
Tidak kurang juga ramai yang menganggap beliau seorang yang tidak cakna dalam soal politik negara.
Bila kami tersalah faham?. Maklumlah kami ni tak ikut politik. Tapi ambik tau lah sikit2. But i thank someone that very very polite to inform me. At least i know. Okay tak tweet menteri dah ahhahaha . Ada dua jenis manusia. Lihatlah. ?. Peace ?? and out pic.twitter.com/rPcLpc31q6
— Nourul Wahab Depp (@NurulWHB) October 1, 2020
Bagaimanapun, beliau tampil menjelaskan bahawa dirinya telah salah faham dan tidak begitu mengikuti segala isu berkaitan politik tanah air. Sekadar informasi, Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan iailah YB Zuraida Kamaruddin.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments